fbpx

Wanita maut, dua termasuk bayi cedera kereta terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Nissan Almera yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU – Seorang maut manakala dua yang lain termasuk seorang bayi perempuan cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Kilometer 19.2 Lebuhraya Senai-Desaru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 petang itu, mangsa yang meninggal dunia merupakan wanita bukan warganegara dikenali sebagai Suha, 41, manakala pemandu kereta Nissan Almera, Shahrodin Sabri, 58, serta bayi berusia tiga bulan cedera ringan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II, M. Haridass berkata, seramai sembilan anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Kenderaan yang  dinaiki tiga individu termasuk seorang wanita bukan warganegara berusia 41 tahun dan seorang bayi bukan warganegara itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Bandar Penawar telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Wanita berkenaan ditemui maut di lokasi kejadian, pemandu lelaki cedera di bahagian kepala dan tangan manakala bayi berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI