fbpx

Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu didapati telah menikam paha kanannya sendiri akibat tekanan perasaan.

GOMBAK – Polis mengesahkan seorang wanita cedera bukan akibat disamun sebaliknya kecederaan itu dilakukannya sendiri dengan menikam paha kanannya di Jalan 10, Taman Greenwood, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dakwaan yang dibuat wanita itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kejadian samun seperti yang didakwanya tidak berlaku dan individu itu didapati telah mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa telah reka cerita. Akibat tikaman itu, mangsa menerima tujuh jahitan pada luka (tikaman) di paha kanan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mangsa akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang esok.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita cedera ditikam pada paha kanannya dalam satu cubaan samun di Jalan 10, Taman Greenwood di sini Sabtu lalu.

Orang awam menjumpai wanita berkenaan dalam keadaan cedera di dalam sebuah kereta di lokasi kejadian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI