fbpx

‘Usia lebih 70 tahun usah jadi PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PETALING JAYA – Tatkala kian banyak negara menyaksikan kemunculan pemimpin muda menerajui negara masing-masing ramai rakyat Malaysia turut ingin melihat calon Perdana Menteri terdiri daripada generasi baharu.

Tinjauan Kosmo! mendapati persoalan siapa calon Perdana Menteri menjadi antara topik popular di pelbagai platform media sosial.

Beberapa nama pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut disebut antara calon Perdana Menteri yang boleh dipertimbangkan.

“Perdana Menteri New Zealand baru 41 tahun tengok betapa cekapnya dia mengendalikan krisis Covid-19 di sana,” ujar Izuan Idris.

“KJ (Khairy Jamaluddin) tengok macam berpotensi. Muda, cerdas dan cergas. Ini beri calon semua separuh abad dengan musim wabak lagi,” kata Iyla Fazila.

“Suruhlah perempuan pula jadi PM (Perdana Menteri). Asyik-asyik lelaki sahaja selama ini. Pilih yang punya kredibiliti tinggi untuk memimpin negara yang penting umur masih muda,” cadang @meccaelbernardi.

“Kepada yang lebih 70 tahun tidak usah jadi PM. Berilah peluang kepada yang muda sikit supaya fikiran pun segar untuk mencari ilham bagaimana hendak memajukan negara,” ulas George Jos.

“Dalam Malaysia ini sudah ketandusan pemimpin ke? Berilah orang yang lebih muda memimpin negara pula. Pemimpin-pemimpin veteran cukup-cukuplah,” kata Rasidi Bakar

Namun, ada juga segelintir netizen berpendapat cadangan itu agak sukar dilaksanakan berdasarkan situasi politik semasa.

“Pemimpin muda belum matang. Selalu ikut hati dan perasaan,” ujar Nazir Ahmad.

“Pada saya masih belum tiba masanya orang muda mengambil alih tampuk pemerintahan. Bukan faktor tiada pengalaman mahupun terlalu muda. Kita perlu ingat menjadi PM perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen,” tulis @mir_leh.

“Di Malaysia susah sikit ikut siapa yang lebih senior. Yang muda susah mahu dapat jawatan. Macam kerja kerajaan umur 60 tahun baru pencen,” komen Iyla Fazila. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI