fbpx

Tuchel hantar Kante, Lukaku gempur gawang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL berpeluang menurunkan skuad terbaiknya termasuk Kante dan Lukaku menentang Arsenal untuk aksi liga seterusnya hujung minggu ini. – AFP

LONDON – Chelsea menerima khabar gembira apabila pemain tengah berpengaruh, N’Golo Kante dilaporkan sudah kembali menjalani latihan dan sedia diturunkan menentang pasukan bermasalah, Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad depan.

Aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Stamford Bridge pada Sabtu lalu menyaksikan Kante tiada dalam senarai pasukan selepas dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengesahkan, bintang skuad antarabangsa Perancis itu sudah sembuh sepenuhnya dan akan menyertai rakan-rakan sepasukan dalam misi memburu kemenangan kedua musim ini.

“Sebelum ini, dia (Kante) me­ngadu rasa sakit pada buku lali menyebabkannya tidak bermain menentang Palace. Sekarang saya gembira kerana dia sudah kembali jalani latihan dan akan bermain menentang Arsenal nanti,” ujarnya.

Selain itu, The Blues turut mendapat suntikan motivasi terbaik apabila penyerang yang baru dibeli daripada Inter Milan, Romelu Lukaku akan menyertai latihan bersama pasukan baharunya itu sebaik tamat tempoh kuarantin.

“Kami jangka Romelu (Lukaku) tamat kuarantin pada Isnin (semalam) dan menyertai latihan keesokannya (hari ini). Saya gembira kerana dia sudah boleh menjalani latihan supaya cepat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain.

“Dia perlu segera memahami corak permainan pasukan ke­rana saya mahu dia menge­tuai jentera serangan ketika menentang Arsenal nanti,” jelas Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI