fbpx

Tisu mengandungi hingus, air mata Messi dijual RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tisu ini dikutip oleh seorang individu di majlis perpisahan Messi dengan Kelab Bola Sepak Barcelona. - Gulf Today

MADRID – Kertas tisu mengandungi kesan hingus dan air mata bekas bintang kelab bola sepak Barcelona, Lionel Messi berjaya dijual pada harga AS$1 juta (RM4.239 juta) oleh seorang individu tidak dikenali, lapor laman berita Gulf Today baru-baru ini.

Tisu tersebut digunakan Messi ketika majlis perpisahan pemain bola sepak Argentina itu selepas kontraknya dengan Barcelona tamat.

Menurut laporan, tisu itu dikutip oleh seseorang yang hadir pada  majlis berkenaan dan dia kemudan menjualnya di sebuah platform online.

“Tisu ini mengandungi kandungan genetik Messi yang membolehkan anda mencipta klon pemain bola sepak sehebat beliau,” tulis keterangan pada gambar tisu yang dijual.

Sehingga kini, tiada maklumat lanjut tentang penjual dan pembeli tisu Messi itu, namun ia menjadi tular di media sosial sejak berita penjualannya diketahui peminat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN