fbpx

Sultan Kedah dukacita kadar jangkitan harian empat angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita dengan kadar jangkitan baharu Covid-19 di negeri ini apabila kekal merekodkan jumlah kes empat angka sehari sejak hampir sebulan lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Bakar Din, Sultan Sallehuddin bertegas bahawa kerajaan harus memberi pertimbangan wajar untuk memperluaskan vaksinasi kepada populasi yang layak kerana buat masa ini hanya kaedah tersebut dilihat berkesan mengawal kadar jangkitan baharu.

Baginda bertitah agar Kerajaan Persekutuan dapat membekalkan lebih banyak vaksin supaya Kedah dapat mencapai imuniti kelompok lebih awal seterusnya membolehkan sektor ekonomi pulih dengan cepat.

“Sehingga kelmarin, kadar vaksinasi bagi penduduk berusia 18 tahun ke atas yang telah lengkap dua dos suntikan baru mencecah 31.8 peratus manakala mereka yang memperoleh satu dos suntikan pula sebanyak 55 peratus.

“Ini menunjukkan sekiranya suatu langkah yang serius tidak diambil, Kedah mungkin akan lewat mencapai imuniti kelompok seperti dihasratkan,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI