fbpx

Sidang DUN Johor tetap berlangsung 22 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan Kaiat (dua kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada pemandu teksi di pasaraya A-Mart Kempas, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditangguh sementara pada 12 Ogos lalu akan disambung semula pada 22 Ogos hingga 25 Ogos ini walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi memerintah di peringkat pusat.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat bagaimanapun berkata, tempoh persidangan akan dipendekkan kepada empat hari dan berlangsung setengah hari sahaja sebagai langkah pencegahan Covid-19.

“Sebelum ini, Sidang DUN Johor ditangguhkan bagi memberi masa kepada Dewan untuk melakukan persediaan bersesuaian dengan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Oleh demikian, selain tempoh masa bersidang dipendekkan, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu menjalani ujian saringan RTK-Ag setiap hari.

“Mereka juga dinasihatkan untuk menetap di hotel berhampiran dan bukannya berulang alik pulang ke kawasan masing-masing sepanjang tempoh Sidang DUN berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pemandu teksi di pasaraya A-Mart Kempas, di sini hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Suhaizan menangguhkan Sidang DUN selepas dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membolehkan penilaian berkaitan prosedur operasi standard (SOP) persidangan dilakukan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI