fbpx

Shuib pilih sepupu sendiri jadi ibu susuan Ayash Affan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB SEPAHTU

PETALING JAYA – Pelawak dan juga usahawan Shuib akhirnya memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berusia 10 hari.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.

“Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

“Takut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.

Shuib yang ditemu bual menerusi sebuah rancangan hiburan baru-baru ini turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

“Saya harap Allah SWT balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya,” jelasnya.

Shuib baru-baru ini meluahkan kerisauan memikirkan tentang susu ibu yang diperlukan Ayash selepas isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI