fbpx

Semoga kebhinekaan Indonesia terus dipelihara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Indonesia terus dipelihara dan kukuh sempena hari kemerdekaan kali ke-76 negara itu yang disambut pada hari ini.

Ketua Pembangkang itu mendoakan agar Indonesia tetap kuat terutamanya dalam menghadapi tentangan pandemik ketika ini.

“Turut memperingati negeri sahabat Indonesia yang menyambut hari Kemerdekaan yang ke-76 hari ini.

“Saya doakan Indonesia terus kukuh dan kebhinekaannya terus dipelihara. Juga tetap kuat terutamanya dalam menghadapi tantangan pandemi hari ini. Dirgahayu Republik Indonesia,” katanya dalam status yang dimuatnaik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 ketika pemerintahan Presiden Sukarno. Pengisytiharan itu menandakan permulaan empat tahun perjuangan diplomatik dan tentangan bersenjata yang dipanggil Revolusi Nasional terhadap angkatan tentera Belanda sehingga 1949. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI