fbpx

Pesakit turun 170 sahaja berbanding 400 di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kemasukan harian pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mencatatkan penurunan lebih 50 peratus sejak minggu lalu.

Statistik menunjukkan jumlah kes diterima hospital itu berkurangan sehingga 170 berbanding 400 kes sebelum ini.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, gelombang penurunan kemasukan itu mula berlaku antara awal sehingga pertengahan bulan lalu.

Katanya, pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di HTAR kini didapati berkurangan iaitu kurang daripada 900 orang.

“Saya bersyukur jumlah kemasukan pesakit berkenaan menurun lebih 50 peratus sejak minggu lalu.

“Keadaan itu sekali gus mengurangkan pesakit kategori tiga ke atas untuk dimasukkan ke dalam wad,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI