fbpx

Pemandu lori maut, nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai, Seremban, petang tadi. - Gambar Ihsan Polis

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan kemudian melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Persiaran Negeri, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dalam perjalanan menghala ke Nilai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mangsa tidak sedarkan diri ketika dikeluarkan pasukan bomba dan pihak Kementerian Kesihatan yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 22 tahun.

“Akibat kemalangan, mangsa pemandu kereta mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Nilai Medical Center untuk menerima rawatan

“Pemandu lori yang cedera parah di kepala disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI