TAMPIN – Risau panggilan telefon tak bersahut, seorang lelaki nekad menghubungi polis bagi membantunya melihat keadaan abang iparnya di dalam sebuah rumah di Taman Gunung Mas, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa, bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi, berusia 54 tahun ditemui mati tergantung di dalam rumah berkenaan.
Menurut adik iparnya, dia pada mulanya telah menghubungi abang iparnya itu pada waktu petang setelah isterinya mengadu tidak dapat menghubungi mangsa sejak dari pagi lagi.
“Jadi dekat nak senja saya datang ke rumah ini dan saya lihat dalam rumah gelap sahaja. Saya bagi salam tapi tak berjawab. Saya panggil dua kali tapi tak disahut juga. Jadi saya balik untuk solat Maghrib dahulu.
“Pukul 8 malam, saya datang sini balik dan meminta bantuan rakan tapi kami tetap tak dapat lihat ke dalam rumah. Saya terus menghubungi polis kerana bimbang sesuatu berlaku pada abang,” katanya ketika ditemui di Taman Gung Mas, di sini, malam semalam.
Lelaki berkenaan berkata, abang iparnya itu mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929