fbpx

New Zealand catat kes Covid-19 tempatan pertama dalam tempoh enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan pusat perniagaan (CBD) yang sunyi susulan pelaksanaan perintah berkurung di Wellington pada 26 Mac tahun lalu. -AFP

WELLINGTON – New Zealand mencatat kes tempatan pertama Covid-19 dalam tempoh enam bulan semalam sekali gus mencetuskan usaha untuk mengesan asal-usul jangkitan ketika pegawai-pegawai membincangkan tindak balas yang perlu dilakukan.

Jabatan kesihatan menyatakan, jangkitan itu dikenal pasti di bandar terbesar New Zealand, Auckland  sambil menambah, ‘kaitan antara kes tersebut dan kawalan sempadan atau pengurusan kuarantin masih belum diketahui’.

Barisan menteri bermesyuarat semalam untuk menentukan tindakan yang akan dilaksanakan berhubung kes dalam komuniti pertama di New Zealand itu sejak 28 Februari lalu.

“Tindakan awal dan keras adalah cara terbaik untuk mengatasi risiko penyebaran dan semua orang di New Zealand diminta untuk bertenang, bersikap baik dan memainkan peranan mereka sementara kami mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai kes ini,” kata jabatan kesihatan.

Bagaimanapun, perincian lebih lanjut mengenai kes itu tidak didedahkan.

New Zealand mendapat pujian meluas kerana tindak balasnya mengawal penularan koronavirus. Negara itu mencatat hanya 26 kematian dalam populasi seramai lima juta orang.

Bagaimanapun, kempen vaksinasinya agak perlahan dengan sekitar 20 peratus sahaja penduduknya telah  mendapat pelalian penuh.

Auckland beberapa kali melaksanakan penutupan singkat akibat  Covid-19 sejak perintah berkurung di seluruh New Zealand  yang dikuatkuasakan tahun lalu, berjaya mengekang penularan virus tersebut.

Arahan duduk di rumah terbaharu yang dilaksanakan di bandar raya itu berakhir pada Mac lepas. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI