fbpx

Malaysia kehilangan legenda ragbi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab yang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) awal pagi tadi.

KRM menyifatkan, Malaysia kehilangan seorang legenda kerana penglibatan Allahyarham Abdul Ghafar Rajab bersama pasukan ragbi negara amat membanggakan dalam arena tempatan dan antarabangsa.

Tambah KRM, Allahyarham Abdul Ghafar cukup terkenal sebagai pakar sepakan conversion dalam pasukan negara yang bermain di posisi fullback.

“Pencapaian Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar dalam sukan ragbi sangat baik dan berjaya meletakkan diri beliau dalam pasukan kebangsaan bermula mewakili skuad bawah 23 tahun pada tahun 1979.

“Kejohanan-kejohanan lain yang turut disertai beliau di peringkat antarabangsa seperti Asian Footbal Rugby Union (ARFU) di Taiwan pada 1980, Kejohanan King’s Cup (1981 sehingga 1985) dan juga kejohanan ARFU di Fukuoka, Jepun.

“Kehilangan Allahyarham yang telah memberi jasa dan khidmat mengharumkan nama negara sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini amat dirasai oleh seluruh warga ragbi Malaysia,” kata KRM dalam satu kenyataan hari ini.

Allahyarham Abdul Ghafar, 63, telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 39 tahun sebelum menjalani persaraan wajib pada 20 Julai 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI