fbpx

Labuan sekali lagi catat sifar kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi mencatatkan sifar kes jangkitan Covid-19 yang dikaitkan dengan kepatuhan masyarakat di situ kepada prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan positif itu sebenarnya terletak pada diri sendiri yang sama-sama bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian virus korona.

Kali pertama Labuan mencatatkan sifar kes jangkitan harian Covid-19 ialah pada 14 Ogos lalu.

“Sekali lagi Labuan mencatatkan sifar kes, alhamdulillah. Semoga wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang lain mengikuti jejak langkah Labuan dgn kepatuhan kepada SOP secara menyeluruh.

“Sayangi diri dan masyarakat keseluruhannya #KitaJagaKita,” katanya pada satu status yang dimuat naik di akaun Twitter beliau hari ini.

Hari ini negara mencatatkan 19,631 jumlah baharu jangkitan Covid-19 yang menjadikan angka terkumpul meningkat kepada lebih 1.4 juta kes. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI