AKTRES Kareena Kapoor berharap kedua-dua orang anaknya, Taimur Ali yang berusia empat tahun dan Jehangir, enam bulan tidak akan mengikut jejak langkah dia dan suaminya, Saif Ali Khan bergelar seorang bintang filem.
Ujar Kareena, dia teringin jika anak-anaknya hidup cemerlang dalam kerjaya selain daripada menjadi pelakon yang dilimpahi glamor.
“Sejak mereka kecil, mereka sudah menjadi perhatian. Saya tidak mahu apabila mereka besar nanti, mereka akan mengikut jejak langkah saya dan bapa mereka.
“Saya akan lebih bangga jika salah seorang anak saya berjaya menawan puncak gunung Everest suatu hari nanti,” katanya.
Kareena juga dia tidak mahu menjadi ibu yang terlalu mengongkong kehidupan anak-anak dan menyerahkan sendiri hala tuju dan minat anaknya apabila mereka dewasa kelak.