fbpx

JDT dilaporkan buru khidmat Falcao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FALCAO yang sedang diburu JDT merupakan penyerang berbisa berasal dari Colombia yang beraksi bersama pasukan gergasi Turki, Galatasaray.

JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki hajat besar apabila dilaporkan mahu mendapatkan penye­rang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao pada jendela perpindahan musim depan.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas portal sukan Turki, Fotomac dalam Twitter mereka pada 5 Ogos lepas mendedahkan, skuad Harimau Selatan membuat risikan me­ngenai status Falcao yang ketika ini bersama kelab gergasi, Gala­tasaray.

Bagaimanapun, pengurusan JDT masih belum lagi membuat sebarang pengesahan jika mereka benar-benar berminat mendapatkan bekas pemain Manchester United berusia 35 tahun itu.

“Kelab paling popular di Malaysia, Johor (JDT) ada bertanyakan tentang status Radamel Falcao dari Galatasaray.

“Difahamkan, pemilik JDT, Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) secara peribadi mahu memastikan penghijrahan itu menjadi realiti sekali gus melakukan perpindahan terbesar dalam Liga Malaysia,” tulis Twitter Fotomac.

Difahamkan, skuad kendalian Benjamin Mora itu sememang­nya menagih khidmat Falcao untuk memperkuatkan serangan pasukan musim depan dengan sasaran utama menjadi pencabar serius dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Meskipun sudah memiliki ­khidmat penyerang berbisa dari Brazil, Bergson Da Silva, JDT masih lagi mahukan kelibat penyerang berkelas antarabangsa seperti pembelian Diogo Luis Santo sebelum ini.

Selain Santo, Harimau Selatan sememangnya terkenal dengan kejayaan membawa pemain-pemain bertaraf bintang seperti Pablo Aimar, Daniel Guiza dan Luciano Figueroa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI