fbpx

Jangan lupa doakan pak cik – Radzi Jidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi bergambar kenangan di pintu luar pejabatnya selepas tamat berkhidmat sebagai Menteri Kanan (Pendidikan) semalam.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menyifatkan tempoh 18 bulan beliau menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik demi generasi pewaris negara.

Beliau turut menginsafi bahawa dirinya cuma dipinjamkan Allah untuk mengemudi KPM dalam tempoh yang amat sukar dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana Menteri Pendidikan sebelum ini.

“Banyak perkara tunjang di Kementerian yang berlarutan bertahun-tahun lamanya telah dapat diselesaikan. Sebahagiannya sedang diselesaikan.

“Sekiranya apa yang telah diikhtiar dengan terbaiknya itu tidak berjaya seperti yang dihasratkan, tentu ada hikmah disebaliknya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan baik dan memohon maaf jika ada tindakan atau ketegasannya menyinggung hati sesiapa.

Menurutnya, beliau merupakan anak desa yang merantau ke luar negara hampir 20 tahun dan kembali ke tanah air dengan niat semata-mata untuk menabur bakti kepada ibu pertiwi.

Tambahnya, amanah mengemudi KPM dipikul dengan seikhlas hati tanpa sekelumit niat lain selain daripada melihat kualiti pendidikan negara dapat dilonjakkan ke peringkat yang jauh lebih tinggi.

“Kepada ibu bapa, sesungguhnya saya telah ikhtiarkan yang terbaik untuk anak-anak kalian dalam tempoh yang penuh cabaran ini. Kepada guru, saya tidak pandai beretorik.

“Tapi yakinlah dan tanyalah rakan-rakan di Kementerian, saya telah usahakan yang terbaik untuk kalian dalam tempoh yang amat sukar ini. Kepada anak-anak, pak cik doakan yang terbaik buat semua. Jangan lupa doakan pak cik,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI