fbpx

Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suasana di pintu 2, Istana Negara dipenuhi petugas media dari pelbagai agensi bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik negara.

Difahamkan, lebih 50 petugas media mula berkumpul seawal 8 pagi selepas semua ketua parti termasuk dari UMNO, Pas, Bersatu serta parti di bawah Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Kosmo! terdahulu melaporkan, semua Ahli Parlimen diminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi satu notis memberitahu, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format tertentu, ia harus mempunyai beberapa butiran di dalamnya.

Antara butiran tersebut, katanya, identifikasi Ahli Parlimen yang secukupnya, identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Parlimen tersebut serta penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI