fbpx

‘Habis kecantikan dijaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita’ – Jinggo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINGGO meminta orang ramai berhenti berkongsi video atau gambar berkaitan individu yang telah meninggal dunia atas tujuan tidak sepatutnya.

PETALING JAYA – Pengarah dan penerbit drama, Jinggo, 55, memberi teguran pedas berhubung budaya masyarakat berlebih-lebihan bercerita tentang orang yang sudah meninggal dunia.

Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya menerusi satu hantaran status dalam Instagram berkata, berhentilah memuat naik sebarang entri berbentuk gambar atau video orang yang sudah bertemu Ilahi demi tujuan yang tidak sepatutnya.

“Cukup-cukuplah kalian muat naik gambar atau video orang yang sudah meninggal dunia. Atas tujuan apa? Nak simpati? Nak naikkan pengikut dalam Facebook lagi?

“Tahu tak mengapa kalian kena berhenti buat semua itu? Sebab apabila habis kecantikan arwah dijaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita.

“Apabila habis kebaikan arwah didewa-dewa, keaiban arwah pula akan bermula. Faham atau tidak? Tahu tak mengapa kalian kena berhenti sekarang? Biarkan arwah damai di sana,” getusnya dalam hantaran tersebut.

Tambah suami kepada Sheily Rusly itu lagi dalam kapsyen hantaran berkenaan, mereka yang sudah meninggal dunia bukan seperti lagu untuk didendang.

“Sudah-sudahlah. Arwah bukan lagu untuk di dendang, arwah bukan drama untuk diulang tayang.

“Cukup lah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa. Sudah-sudahlah semua sebelum sampai masa kita pula,” tulisnya.

Tidak menujukan status tersebut secara spesifik kepada sesiapa, hantaran terbabit mendapat banyak maklum balas positif daripada orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.

“Macam makin ‘overact’ pula. Cukuplah doakan arwah di sana. Kadang-kadang nampak macam nak publisiti lebih,” ujar seorang netizen dalam ruangan komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI