fbpx

Geng Merry menyamar NGO beri bantuan makanan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Taktik licik dua wanita tempatan menyamar sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan jenayah mencuri terbongkar selepas mereka ditahan polis, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penahanan suspek dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita warga emas berumur 82 tahun yang lesap wang tunai RM8,000 selepas suspek datang ke kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri.

“Dua suspek berusia 23 dan 43 tahun yang mempunyai hubungan sebagai menantu dan mertua ditahan bersama 17 bungkus makanan pelbagai jenama oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Hasil rakaman percakapan kedua-duanya, polis turut memberkas seorang lagi wanita berusia 23 tahun disyaki ahli sindiket sama bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati sindiket dikenali ‘Geng Merry’ itu didalangi dua wanita tempatan menggunakan modus operandi menyamar sebagai anggota NGO dan datang ke rumah mangsa untuk menyerahkan bantuan.

“Semasa urusan penyerahan sumbangan dilakukan, salah seorang saspek telah menyelinap masuk ke dalam bilik tidur mangsa untuk mencuri barang.

“Sindiket yang beroperasi sejak tahun 2017 itu juga menyasarkan golongan warga emas yang tinggal bersendirian sebagai mangsa,” ujarnya.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan semakan mendapati dua daripada tiga suspek masing-masing mempunyai 12 dan tiga rekod kesalahan lampau berkaitan pecah rumah dan curi dalam bangunan.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini sedang ditahan reman di IPD Sentul bagi membantu siasatan lanjut.

“Penahanan ketiga-tiga suspek sekali gus berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian dalam bangunan yang dilaporkan di sekitar kawasan Jinjang pada tahun ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI