fbpx

Dua sindiket dadah RM3.89juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi (dua kiri) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM3.89juta yang dirampas polis.

SHAH ALAM – Kegiatan dua sindiket dadah yang menumpukan Lembah Klang sebagai pasaran pengedaran tumpas dengan 108.09 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.89juta dirampas dalam beberapa siri serbuan sekitar negeri ini, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Operasi pada 6 dan 8 Ogos itu turut menahan 17 individu termasuk tiga wanita berusia 26 hingga 65 tahun oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan risikan dan maklumat mendapati kedua-dua sindiket itu telah beroperasi antara enam bulan hingga setahun dengan dadah diperolehi dari negara jiran.

Katanya, serbuan pertama bermula pukul 3 petang dilakukan di kawasan perumahan Batu Caves, Gombak dengan menahan tiga lelaki selain merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berserta 97 bungkusan hijau tertera perkataan Guanyinwang disyaki syabu seberat 100.74kg

Lanjutan itu empat lagi suspek ditahan di kawasan Gombak, Selayang dan Cheras.

“Penangkapan dan serbuan yang dilakukan dua hari kemudiannya melibatkan 10 individu kesemuanya di kawasan meletak kenderaan sebuah pasar raya di Ampang dan Pulau Pinang.

“Hasilnya , pihak polis berjaya merampas tujuh bungkusan plastik sama berisi syabu seberat 7.35 kg,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan serbuan tersebut, pihak polis turut menyita 11 buah kenderaan masing-masing jenis Toyota seperti Caldina, Velfire dan Audi A6, serta BMW selain 24 akaun bank bersama 12 barangan kemas dan wang tunai yang nilai keseluruhan mencecah RM1.43juta.

Arjunaidi menambah, kesemua dadah itu adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan boleh dibekalkan kepada 216,180 pengguna.

“Semakan mendapati 12 daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah selain enam mereka positif dadah jenis opiat, tetrahydrocannabinol dan syabu.

“Mereka kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI