fbpx

Bezos saman NASA beri kontrak pada Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blue Origin menuduh NASA menilai kertas kerja yang tidak sah dan tidak wajar dalam penawaran kontrak pendaratan ke Bulan. - Bloomberg

WASHINGTON – Syarikat penerokaan angkasa lepas milik manusia terkaya dunia, Jeff Bezos, mengemukakan saman terhadap Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berikutan penawaran kontrak NASA bernilai AS$2.9 bilion(RM12.3 bilion) kepada firma SpaceX milik bilionair Elon Musk, lapor akhbar New York Post semalam.

Saman berkaitan kontrak pendaratan di Bulan itu diserahkan kepada Mahkamah Tuntutan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan menandakan peningkatan bantahan syarikat Blue Origin terhadap penyerahan kontrak berkenaan.

“Protes ke atas tawaran ini mencabar penilaian cadangan NASA yang tidak sah dan tidak wajar,” kata Blue Origin dalam kenyataannya.

Tuntutan Blue Origin itu telah difailkan dan NASA perlu  mengemukakan maklum balas  terhadap saman itu pada 12 Oktober ini.

Jurucakap NASA, Monica Witt  pula memaklumkan bahawa pegawai terlibat sedang meneliti perincian kes tersebut.

“NASA mempunyai komitmen tinggi terhadap program Artemis (pendaratan manusia di Bulan) selain mempertahankan kepimpinan global Amerika Syarikat dalam sektor penerokaan angkasa lepas.

“Menerusi kerjasama dengan rakan kongsi kami, pengembaraan ke Bulan akan berlaku bagi merealisasikan segala peluang penyelidikan sains, perkembangan teknologi baharu di samping  mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat persiapan penghantaran angkasawan ke Planet Marikh,” jelas Witt.

Pada April lalu, Blue Origin membuat tawaran untuk menjadi rakan kerjasaman dalam projek terbaharu mereka yang digelar Human Lander System.

NASA menyerahkan kontrak tersebut kepada SpaceX, namun ia dibantah oleh Pejabat Akauntabiliti Kerajaan AS (GAO) yang menganggap pemilihan syarikat Elon Musk itu adalah tidak wajar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI