fbpx

Bella Astilla kongsi cerita, keluarga diganggu hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

PETALING JAYA – Pelakon Bella Astilla berkongsi sebuah kisah menyeramkan yang berlaku ke atas diri dan keluarganya sewaktu mereka menginap di sebuah pusat perangin, beberapa tahun dahulu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Bella berkata kejadian menyeramkan itu berlaku ketika dia berusia sembilan tahun selepas dia bersama adiknya, Didi Astilla selesai menjalani penggambaran sebuah album kanak-kanak.

“Cerita ini dah lama. Tapi saya masih ingat sehingga sekarang. Selepas selesai menjalani penggambaran, saya bersama keluarga termasuk ibu dan ayah telah diberi penginapan di sebuah kondominium.

“Apabila tiba di kawasan penginapan, terdapat banyak kereta di kawasan parkir dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk meletakkan kereta di tepi jalan.

“Bagaimanapun, semasa berada di dalam lif, dia terhidu bau yang sangat busuk sebelum ditegur sepasang suami isteri berketurunan India sambil mendukung bayi dan meminta kami berhati-hati,” kata Bella.

Ujar Bella lagi, pada malam itu juga ibunya mula diganggu selepas ternampak seorang perempuan berambut panjang sedang berbaring dalam tab mandi di bilik air.

“Mama terus pengsan selepas melihat wanita berambut panjang dalam bilik air itu. Keadaan bertambah kalut bila mama tiba-tiba mencekik leher sendiri sekuat hati dan tidak mahu melepaskan tangan.

“Kerana tidak tahu untuk berbuat apa, ayah terpaksa menampar mama sebanyak tiga kali sebelum mama akhirnya sedar,” cerita Bella.

Disebabkan kejadian tersebut, mereka sekeluarga tidak dapat tidur sehingga Subuh. Katanya, ketika berada di kawasan parkir, mereka sekeluarga sekali lagi terkejut apabila mendapati kawasan tempat letak kereta yang dipenuhi kenderaan pada malam itu, tiba-tiba kosong tanpa sebuah pun kereta.

“Memang pelik sangat pada waktu itu. Sampai sekarang saya masih lagi ingat,” katanya.

Bella berkongsi cerita seram itu untuk cabarannya sebagai pelakon drama Malaysian Ghost Stories yang akan ditayangkan mulai 25 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria (Saluran 104) pada pukul 11 malam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI