fbpx

‘Bapa Sudoku’ meninggal dunia pada usia 69 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 29 September 2012 menunjukkan Maki Kaji bergambar semasa pertandingan Sudoku di bandar raya Sao Paulo, Brazil. - AFP

TOKYO – Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘bapa Sudoku” kerana peranannya mempopularkan teka nombor yang disukai oleh berjuta-juta orang, meninggal kerana sakit  barah pada usia 69 tahun, kata penerbit Jepunnya.

Dalam notis yang disiarkan semalam Nikoli mengumumkan bahawa Maki Kaji meninggal dunia di rumah pada 10 Ogos lalu setelah bertarung dengan kanser melawan barah, dan upacara penghormatan terakhir  akan diadakan pada satu tarikh yang diberitahu kelak.

“Kaji dikenali sebagai bapa Sudoku dan disayangi oleh peminat teka-teki di seluruh dunia,” kata penerbit itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Sudoku yang merupakan  permainan silang angka, dicipta oleh ahli matematik Switzerland,  Leonhard Euler pada abad ke-18.

Versi moden dikatakan telah dicipta  di Amerika Syarikat, tetapi Kaji dipercayai telah mempopularkan teka-teki tersebut.

Dia juga dikatakan memiliki mencipta nama Sudoku  iaitu singkatan  frasa bahasa Jepun yang bermaksud ‘setiap nombor mesti tunggal’..

Sudoku memerlukan pemain meletakkan angka satu hingga sembilan di dalam kotak yang terdiri daripada  81 kotak kesemuanya sehingga tiada angka yang diulang dalam sembilan garis menegak atau mendatar.

Kaji memberitahu Perbadanan Penyiaran British pada tahun 2007 bahawa keseronokan menyelesaikan  teka-teki itu ibarat ‘pengembaraan mencari harta karun.

“Ini bukan mengenai apakah teka-teki ini memberi imbuhan  wang. Ini semata-mata kegembiraan ketika berusaha menyelesaikannya,” kata Kaji. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN