fbpx

Anak teruskan ‘wasiat’ arwah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsi dan Tujimah bergambar di hadapan rumah mereka yang dihiasi Jalur Gemilang di Jalan Haji Khalid, Kampung Batu 35, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Kedatangan bulan Ogos pada setiap tahun sememangnya dinantikan sepasang suami isteri yang pastinya akan menghiasi rumah mereka dengan bendera Jalur Gemilang bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Tujimah Sidek, 58, berkata, ba­panya, Allahyarham Sidek Mangon telah ‘mewasiatkannya’ supaya memasang bendera Malaysia apabila tibanya sambutan tersebut.

Menurutnya, dia bersama suami, Shamsi Samuri, 56, mula memasang bendera dan hiasan lain yang turut dibantu anak-anak serta menantu mereka yang juga mempunyai ke­sungguhan untuk meraikan kemerdekaan.

“Saya akan terus menunaikan pesanan arwah bapa dan mendidik anak-anak supaya meneruskan tradisi ini sampai ke anak cucu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 35 di sini baru-baru ini.

Tujimah memberitahu, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan, dia dan suaminya akan membe­lanjakan kira-kira RM1,000 hingga RM1,500 untuk membeli ben­dera, lampu, kain rentang dan lain-lain.

Ujar Tujimah, memandangkan suaminya tidak dapat melakukan kerja-kerja mengurut ketika Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka mereka tidak dapat membeli bendera baharu yang banyak kali ini.

Sementara itu, Shamsi pula menyifatkan ketibaan bulan Ogos tidak akan sempurna tanpa memasang bendera walaupun sehelai sebagai tanda kasih kepada negara.

Menurutnya, aktiviti memasang ratusan bendera Jalur Gemilang dan negeri Johor pelbagai saiz itu telah dilakukan sejak tahun 2009 ketika mereka tinggal di Parit Wakaf, Kampung Tenggayun.

“Pada tahun ini, kami jangka dapat memasang kira-kira 800 helai bendera selain pemasa­ngan lampu pada waktu malam bagi menambahkan keceriaan suasana bulan kemerdekaan.

“Sebelum ini, kami telah me­nerima pelbagai anugerah di pe­ringkat daerah dan ne­geri selepas rumah kami memenangi pertandingan memasang ben­dera Jalur Gemilang.

“Kami langsung tidak akan memikirkan soal kos pembelian bendera dan sebagainya, sebaliknya kami gembira dapat me­nyumbang sesuatu kepada negara,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI