fbpx

6 Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melambai tangan ke arah pengamal media ketika memasuki Pintu Dua Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Seramai enam Ahli Parlimen telah tiba di Istana Negara di sini setakat pukul 2 petang tadi hari ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menjadi individu pertama yang tiba kira-kira 1.50 petang.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu disusuli Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu.

Kosmo! melaporkan, semua Ahli Parlimen diminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi satu notis memberitahu, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format tertentu, ia harus mempunyai beberapa butiran di dalamnya.

Antara butiran tersebut, katanya, identifikasi Ahli Parlimen yang secukupnya, identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Parlimen tersebut serta penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat. – K! ONLINE.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI