fbpx

30 bomba padam kebakaran gudang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah gudang elektrik dan elektronik di Jalan Rozhan di Bukit Mertajam musnah dijilat api malam tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah gudang menyimpan peralatan elektrik dan elektronik di Jalan Rozhan di Bukit Mertajam di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.28 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran berkenaan membabitkan sebuah bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 2,000 meter persegi.

“Bangunan itu dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu kawasan gudang seluas 836 meter persegi yang musnah sepenuhnya, pejabat (836 meter persegi) musnah 30 peratus, dan tempat memuat barang (334 meter persegi) musnah 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.15 malam dan operasi itu ditamatkan pada pukul 5.27 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, operasi berkenaan membabitkan kira-kira 30 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Bandar Perda, Sungai Bakap dan Jalan Perak serta beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemilik premis itu masih dalam siasatan, manakala pasukan Unit Pengesan (K9) turut digunakan bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI