PUTRAJAYA – Sebanyak 293 kes kematian Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes kematian negara kini mencecah 13,077 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 252,147 kes termasuk 1,054 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 525 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Terdapat 16,468 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,179,046 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE