fbpx

Yuna mahu pulang ke Amerika, lancar album hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNA ZARAI

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun berada di tanah air sendiri sejak Mac 2020, penyanyi terkenal Yuna Zarai meluahkan hasrat untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi meneruskan survival kerjaya muziknya di sana.

Yuna yang ditemani suaminya, Adam Sinclair pulang ke Malaysia untuk urusan pada tahun tidak menyangka sudah lebih setahun rupa-rupanya ‘terkandas’ di Malaysia disebabkan pandemik Covid-19.

Biarpun tidak memperincikan jangkaan waktu dia akan berlepas ke AS, kata Yuna atau nama lengkapnya, Yunalis Mat Zara’ai, 35, berkata, dia akan ke sana demi meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaharunya.

“Saya akan kembali ke Los Angelas dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, album terbaharu saya akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Saya akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya.

Terkenal sebagai seorang anak seni yang sangat menyokong perkembangan jenama tempatan, pelantun lagu Dan Sebenarnya itu memaklumkan, pada waktu pandemik sekarang, adalah amat penting untuk memberi sokongan kepada jenama tempatan tidak kira kecil atau besar.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dahulu lagi.

“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tetapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang. Saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan saya sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam aspek itu,” kata Yuna yang dilantik sebagai wajah rasmi, IOUpay, sebuah syarikat ‘fintech’ dan
kewangan digital baru-baru ini.

Julai lalu, Yuna yang baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Don’t Blame It On Love berkongsi berita duka apabila sepupunya, Allahyarham Amilya Saila Aminoddin menjadi mangsa korban virus maut Covid-19.

Kata Yuna, sepupunya itu menjadi kontak rapat ketika menjalani rawatan dialisis untuk masalah buah pinggang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI