JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki membasuh tuala wanita yang sudah digunakan oleh isterinya menjadi bahan bualan di media sosial, lapor portal berita Suara.com, semalam.
Menerusi paparan video tersebut, lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh mencuci kotoran darah haid yang melekat pada tuala wanita isterinya.
“Saya tidak tahu betapa beruntungnya diri sebagai isteri apabila memiliki suami yang merendah diri seperti anda.
“Saya malu kerana sebagai wanita tidak secermat ini dalam mengendalikan barang buangan dan kotoran peribadi,” tulis keterangan pada klip video itu.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen yang menganggap wanita itu pemalas, pengotor dan menjatuhkan maruah suami apabila memuat naik rakaman yang kurang sopan seperti itu.
“Malu tetapi tetap dimuat naik ke media sosial untuk tatapan orang ramai. Isteri tidak kenang budi,” komen seorang pengguna media sosial.
“Saya tidak akan mengizinkan suami membasuh tuala wanita walaupun jika dia mahu melakukannya. Ia bukan perbuatan yang membanggakan,” tulis seorang lagi pengguna media soal. – Agensi