fbpx

Tiga Geng Fendy dicekup curi kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dan kenderaan yang ditahan polis.

MELAKA – Tiga lelaki ahli Geng Fendy kempunan menikmati hasil curi kenderaan selepas kesemuanya dicekup termasuk dalang utama yang baru sebulan dibebaskan daripada penjara kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 31 hingga 54 itu dicekup dalam tiga serbuan berasingan masing-masing di Kampung Duyong, Taman Seri Duyong dan Taman Kota Laksamana antara pukul 3.10 petang sehingga 6 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tangkapan tersebut merupakan hasil siasatan satu laporan yang dibuat seorang mangsa mendakwa sebuah kereta jenis Honda Accord SV4 miliknya dicuri.

“Pada 13 Ogos lalu, mangsa membuat laporan mendakwa kereta Honda Accord yang diletakkan di sebuah kilang di Batu Berendam telah hilang dan mengalami kerugian kira-kira RM7,000.

“Hasil siasatan dan maklumat awam, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (Cawangan D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan suspek utama berusia 31 tahun di sebuah rumah di Kampung Duyong pada pukul 3.10 petang,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang dan beberapa biji tayar yang telah dibuka daripada kenderaan dipercayai untuk dijual di sekitar negeri ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI