fbpx

Tiada lagi gaji, Annuar jadi sukarelawan PriVo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar berkongsi kad keahlian PriVo dan akan memulakan tugasnya sebagai sukarelawan esok.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah mendaftar sebagai Sukarelawan Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) dan akan memulakan tugasnya esok.

Beliau dalam ciapan di laman Twitter turut menunjukkan gambar kad keahlian sukarelawan PriVo yang merupakan satu daripada inisiatif di bawah kementerian yang pernah diterajuinya sebelum ini.

“Ya tiada lagi riders (pengiring) tiada lagi pengawal peribadi, tiada lagi gaji. Tapi bagi saya itu semua pinjaman.

“Apa yang akan datang? Berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Saya mahu terus membantu yang miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula insya-Allah,” tulisnya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI