PETALING JAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengunduran seluruh anggota Kabinet dibuat atas dasar tanggungjawab kolektif dan bukannya didorong rasa bersalah yang kolektif.
“Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat. #KekalSelamatDanFokus,” katanya sebentar tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu hantaran di Twitter sebentar tadi berkata: “Ia merupakan satu penghormatan dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat.”
Beliau turut mendoakan agar Tuhan merahmati seluruh rakyat negara ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929