KOTA TINGGI – Keluarga nelayan yang terlibat insiden bot karam di perairan Tanjung Sedili di sini tidak tidur malam kerana terlalu bimbang memikirkan keselamatan abang sulung mereka.
Adik kepada Mohd. Norizan Jusoh, 38, yang mahu dikenali sebagai Nisah, 35, berkata, abangnya yang masih belum berumah tangga menetap di rumah orang tuanya di Kampung Teluk Jeri Luar.
Katanya, abangnya turun ke laut kira-kira pukul 6.30 petang sebelum mendapat berita berkenaan bot karam itu pada pukul 11 malam.
“Semalam abang keluar ke laut kira-kira pukul 6.30 petang. Pada pukul 7.45 angin sudah mula bertiup kuat. Ketika bot karam abang sempat hubungi saya tapi tak berapa dengar.
“Kemudian saya hubungi kembali dia untuk bertanya mereka selamat atau tidak. Ketika itu abang maklumkan dia selamat dan sedang menunggu bantuan. Masa tu bot sudah karam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelasnya, kini abangnya bersama seorang lagi nelayan Abdul Halim Ghani, 50, kini sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) ekoran terlalu banyak tertelan air laut.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929