fbpx

SOP Labuan berisiko beri impak negatif jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Labuan penuh dengan permata tersembunyi.

PETALING JAYA – Pelaksa­naan prosedur operasi standard (SOP) Labuan dikhuatiri mampu mendatangkan impak negatif jangka panjang kepada ekonomi Wilayah Persekutuan tersebut sekiranya langkah pembetulan tidak dilaksanakan pada kadar segera, menurut Gabungan Sektor Ekonomi Labuan (LESC).

LESC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya mereka berkeras untuk meneruskan SOP berkenaan, yang tidak mengimbangi ke­perluan ekonomi dan kehidupan penduduk Labuan.

“Kami ingin menegaskan SOP Labuan kini dihasilkan tanpa rundingan teliti bersama industri dan pihak berkepentingan.

“LESC mendapati SOP itu tidak dapat diterima, tidak mampu dioperasikan, dibangunkan tanpa pengetahuan mendalam tentang implikasinya serta tanpa mempertimbangkan peranan Labuan dalam rantaian bekalan minyak dan gas di rantau ini.

“Ia memaksa kapal domestik dan antarabangsa mengelak pelabuhan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Fasilitator LESC, TS Daniel Doughty bahawa SOP Labuan mendatangkan masalah dalam import dan ­eksport di pulau berkenaan sejak 16 Julai apabila memaksa kapal tempatan dan asing yang singgah menjalani kuarantin selama 14 hingga 21 hari.

Labuan adalah antara kawasan pertama di Malaysia yang mencapai imuniti berkelompok dengan kadar pemvaksinan me­lebihi 90 peratus dalam kalangan penduduk dewasa dan mencapai kes jangkitan sifar semalam.

Menurut LESC, kerajaan disarankan supaya mendepani dan menguruskan Labuan menggunakan set pemikiran yang berbeza, selari dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta menjadikan pulau tersebut sebagai model contoh dalam suasana pandemik kini.

“Kami menyarankan pihak berwajib menilai semula keputusan mereka dan memulakan ­dialog secara objektif dengan pihak industri bagi memahami cabaran dan cadangan penyelesaian untuk Labuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI