PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua petugas jabatan dan agensinya akan terus melaksanakan tugas sebagai penjawat awam yang profesional.
Ketua Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa gigih mengambil pendekatan yang diamanahkan seperti termaktub Perlembagaan Persekutuan.
“Sehubungan itu, pihak kementerian akan memastikan segala pengurusan dan pentadbiran awam terus berjalan lancar dan tidak terganggu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929