fbpx

Rider Food Panda rasa selamat terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin (kiri) melihat proses suntikan vaksin Covid-19 kepada penghantar makanan pada Program Vaksinasi Rider Food Panda di PPV Klinik Briged Utara PGA Ulu Kinta, di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Dipilih menjadi antara penghantar makanan (rider) Food Panda sebagai penerima vaksin Covid-19 sangat melegakan kerana tugas harian yang memerlukan bertemu dengan orang ramai.

Selain lebih rasa selamat, ia juga menyuntik keyakinan untuk keluar bekerja tambahan pula khidmat pengantar makanan amat diperlukan.

Khairul Izham Musa, 27, yang bekerja secara sambilan kini merasa lega berbanding sebelumnya apabila sering menanti bilakah untuk mendapatkan tarikh temujanji.

“Saya dan rakan lain memang selalu berjaga-jaga kerana bimbang sekiranya dijangkiti atau menjadi kontak rapat.

“Ini kerana setiap hari kita menghantar makanan dan tak tahu sama ada pelanggan pun selamat atau tidak,” ujarnya.

Khairul Izham menjadi antara 50 petugas Food Panda di bandar ini yang menerima dos pertama suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasuakn Gerakan Am (PGA) di sini.

Program vaksinasi yang pertama seumpamanya ini dijayakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), PPV Klinik Briged Utara dan Jabatan Kesihatan negeri Perak.

Seorang lagi penerima, Azizal Naziri, 42, berkata, proses pengurusan mendapat suntikan itu sangat lancar apabila mengambil masa tiga hari.

“Saya mengumpul nama-nama rider untuk dihantar pada pihak PPV Klinik Briged Utara dan di Stadium Indera Mulia.

“Pihak PPV Klinik Briged Utara menghubungi semula untuk memperincikan maklumat untuk tarikh temujanji,” ujarnya.

Katanya, terdapat kira-kira 1,000 rider Food Panda dan hanya 20 peratus telah divaksin lalu berharap pemberian kepada kelompok itu dapat disegerakan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI