PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 8.07 pagi tadi.
Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol, malah sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media.
Difahamkan, Muhyiddin dijangka mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet dengan ahli Jemaah Menteri yang dijadualkan pukul 10 pagi ini.
Semalam, media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.
Dalam pada itu, turut dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra adalah Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929