PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dijangka membuat satu pengumuman khas berkenaan kedudukannya selaku Perdana Menteri.
Difahamkan, pengumuman itu akan dibuat selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Bagaimanapun, tiada sebarang perincian lanjut setakat ini berhubung pengumuman itu.
Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 10 pagi tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929