fbpx

PKRC kedua beroperasi di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal (kanan) semasa melawat PKRC Kompleks Rakan Muda Kamunting hari ini.

TAIPING – Sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dibuka iaitu di Kompleks Rakan Muda Taiping di sini menjadikan ianya yang kedua di Perak.

PKRC ini akan menempatkan pesakit Covid-19 kategori satu hingga tiga manakala pesakit dalam kategori empat dan lima akan menerima rawatan di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, pembukaan PKRC ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam menangani pandemik ini.

Menurut beliau, ia akan menempatkan pesakit Covid-19 di bahagian utara Perak dengan kapasiti sehingga 630 katil.

“Buat permulaan kita sediakan 200 katil. Hari ini 32 orang pesakit Covid-19 dari Hospital Parit Buntar akan dipindahkan ke sini.

“Esok pesakit Covid-19 dari Hospital Kuala Kangsar pula akan turut ditempatkan di PKRC ini,” katanya kepada pemberita semasa meninjau persediaan di PKRC tersebut hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI