fbpx

[VIDEO] Peguam Negara tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Peguam Negara.

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di pekarangan Istana Negara di sini hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa beliau tiba kira-kira pukul 10.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, kehadiran Tan Sri Idrus Harun disusuli Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh yang memasuki menerusi Pintu 2, Istana Negara.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu turut dipercayai akan dihadiri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Istana Negara kembali menjadi tumpuan media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik negara.

Hampir 100 petugas media dari pelbagai agensi mula memenuhi kawasan di pintu satu Istana Negara sejak 7 pagi, bagi menanti sebarang kemungkinan, termasuk ketibaan pemimpin politik untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI