fbpx

[VIDEO] Muhyiddin tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini hari ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari

Beliau kelihatan tenang dan sempat melambai ke arah petugas media yang telah berkumpul di Istana Negara sejak pukul 7 pagi.

Kehadiran Muhyiddin ke Istana Negara dipercayai bagi mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau.

Terdahulu, sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong didahului Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh yang tiba kira-kira 9.40 pagi di Pintu 2, Istana Negara.

Sementara Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba kira-kira sejam kemudian di Pintu Satu, Istana Negara manakala Ketua Polis Negara tiba pada pukul 11.15 pagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI