PETALING JAYA – Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berkenan dengan pelantikan itu selepas menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin tengah hari tadi.
“Ia selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929