fbpx

Maqis Johor tahan 24.19 tan peatmoss dari Lithuania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peatmoss yang dirampas.

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang cuba membawa masuk peatmoss seberat 24,194 kilogram (kg) di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Maqis Johor dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu disedari pihaknya ketika sedang melakukan pemeriksaan pada pukul 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguatkuasa Maqis telah menemui 540 beg peatmoss seberat 24,194 kg yang bernilai RM26,155.71 cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor rujukan permit tidak tertera pada sijil fitosanitasi sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat permit import,” jelas kenyataan tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI