fbpx

Mangsa cinta palsu di Pulau Pinang meningkat 46 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Negeri ini merekodkan pertambahan hampir 46 peratus mangsa yang kerugian wang selepas terjerat dalam cinta palsu menerusi sindiket Love Scam sepanjang tahun ini sehingga kelmarin berbanding tempoh sama tahun lalu.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, sebanyak 95 kes penipuan itu direkodkan tahun ini berbanding hanya 79 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia membabitkan kerugian wang tunai hampir RM3.6 juta berbanding RM2.4 juta.

Data tersebut merupakan sebahagian daripada statistik keseluruhan laporan jenayah siber di negeri ini yang meningkat kepada 1,767 kes dengan nilai kerugian RM54.2 juta berbanding 1,252 kes (RM29.9 juta) dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua JSJK negeri, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, pihaknya bimbang apabila kes jenayah komersial secara keseluruhannya menunjukkan pertambahan sebanyak 80.9 peratus.

“Kita dapati angkanya meningkat terlalu drastik dan berharap masyarakat mempunyai kesedaran daripada terus menjadi mangsa penipuan siber.

“Mungkin ramai sebenarnya yang sedar, tetapi apabila dihubungi scammer mereka jadi panik dan takut terhadap ancaman yang diberikan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosni, dalam tempoh sama, pihaknya merekodkan kes Macau Scam meningkat kepada 519 kes tahun ini dengan kerugian RM9.2 juta berbanding 424 kes (RM12.8 juta) dalam tempoh sama tahun lalu dan e-dagang meningkat kepada 586 kes (RM4 juta) berbanding 340 kes (RM2.4 juta).

Beliau berkata, kes pinjaman tidak wujud bagaimanapun menurun kepada 283 kes (RM3.1 juta) berbainding 315 kes (RM3.2 juta) dan penipuan pelaburan meningkat secara drastik kepada 284 kes (RM34.3 juta) berbanding 94 kes (RM9.1 juta). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI