fbpx

Makhluk asing mungkin hidup di dalam tanah di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekiranya Marikh mengandungi air, ini bererti terdapat peluang yang baik untuk hidupan turut berada di situ. – NASA

WASHINGTON – Satu kajian mendapati Planet Marikh berkemungkinan didiami oleh makhluk asing yang hidup di bawah permukaan tanah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian  diterbitkan dalam jurnal Astrobiology itu mendedahkan bahawa  di bawah permukaan tanah di Marikh, hidupan mikrob  boleh berkembang selama berbilion-bilion tahun.

Justeru, saintis-saintis menyelidik mengenai kehidupan yang berpotensi di bawah permukaan planet tersebut dengan mengkaji ketulan batuannya.

Mereka mendapati  bahawa  sejuta mikrob  boleh hidup dalam hanya satu kilogram batu, keadaan sama seperti sampel di Bumi.

Permukaan  tanah di Marikh berkemungkinan agak sukar untuk dihuni memandangkan keadaannya yang telah rosak akibat ribut debu, angin solar dan sinar kosmik.

Menurut ketua penyelidik kajian tersebut yang juga saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Jesse Tarnas, disebabkan itu, peluang terbaik untuk habitat di Marikh hidup  adalah di bawah  tanah.

“Sekiranya planet tersebut mengandungi air, ia bererti terdapat peluang yang baik untuk hidupan berada di situ,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI