fbpx

Kontraktor dipenjara, gagal bayar denda RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazrul Idham didenda RM1.5 juta atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang kontraktor didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan berjumlah RM512,090 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 dan 2015.

Hakim, Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nazrul Idham Abu Nasir, 44, membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Tertuduh didenda RM500,000 bagi setiap pertuduhan pertama, kedua dan keenam atau dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Sementara bagi tiga lagi pertuduhan, mahkamah memutuskan untuk mengguna pakai Take Into Consideration (TIC) di bawah Seksyen 171 A Kanun Tatacara Jenayah.

Nazrul Idham bagaimanapun gagal membayar denda dikenakan dan dia kemudian dihantar ke Pusat Koreksional Kamunting, Perak untuk menjalani hukuman penjara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI