KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara di sini hari ini.
Kenderaan yang membawa Datuk Seri Acryl Sani itu tiba kira-kira pukul 11.15 pagi.
Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim turut dipercayai menyertai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Terdahulu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.
Sementara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh tiba lebih awal kira-kira pukul 9.40 pagi menerusi Pintu 2 Istana Negara. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929