fbpx

Kes harian Covid-19 di AS diramal cecah 200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Colllins percaya angka kes harian di AS boleh melepasi 200,000 sehari tidak lama lagi. - Sarah Silbiger/United Press International

WASHINGTON – Institut Kesihatan Negara (NIH) menjangkakan Amerika Syarikat (AS) akan merekodkan lebih 200,000 kes baharu Covid-19 setiap hari susulan penularan pantas varian Delta ke seluruh negara, lapor laman berita United Press International semalam.

Pengarah NIH, Dr. Francis Colllins berkata, beliau ‘akan terkejut’ sekiranya angka jangkitan tidak melepasi 200,000 kes sehari dalam masa beberapa lagi.

Ia susulan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan sejumlah 140,144 kes baharu  semalam dengan purata 119,523 jangkitan harian pada minggu berakhir Jumaat lepas.

“Ini amat menyedihkan kerana kita tidak pernah terfikir akan kembali kepada keadaan seperti yang berlaku pada Januari dan Februari lepas. Ia tidak sepatutnya berlaku pada bulan ini.

“Bagaimanapun, varian Delta yang lebih mudah berjangkit  serta 90 juta penduduk AS yang belum divaksinasi menjadi penyebab kepada keadaan yang kita alami ini.

“Kita berada dalam keadaan yang sukar dan ini merupakan titik kritikal untuk kita cuba melakukan apa yang termampu bagi mengawal keadaan ini,” kata Colllins.

Jumlah kes harian di AS mencatatkan kurang 100,000 kes sejak akhir Februari lalu sebelum kembali meningkat secara mendadak sejak beberapa minggu lalu.

Kali terakhir negara itu merekodkan lebih daripada 200,000 kes sehari adalah pada Januari sebelum vaksin Covid-19 mula diberi kepada penduduknya.

Sementara itu, menurut data Universiti Johns Hopkins, sejak bermulanya pandemik, sebanyak 36.7 juta kes dan 621,595 kematian telah direkodkan di AS  sekali gus angka tertinggi di dunia bagi kedua-dua kategori tersebut.

Setakat ini, 50.7 peratus penduduk AS telah menerima dos  lengkap,  manakala 59.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI